25.10.20

alhamdulillah, kami selamat menikah pada 11/11/2017, tak keterlaluan kalau aku cakap ini adalah arranged marriage. why ? nak tau ke, kisah kami panjang, mungkin aku abadikan dalam blog untuk perkongsian salah satu cerita yg ada dimuka bumi ni ya, mungkin juga untuk anak cucu nanti jika ada. sebab aku suka menulis, tapi beberapa tahun lepas, dengan kekangan masa sebagai pelajar degree dan bertarung pelbagai cabaran buat aku malas nak menulis dan ingin menjauhkan diri dari alam maya, sekarang aku cuba terbitkan rasa itu balik supaya aku dapat memberi manfaat kepada orang.mudah2an ya, doakan perkahwinan ini sampai syurga aamiin :)

 hai assalamualaikum semua !

 harini terdetik hati nak bukak blogspot.com sejak kali terakhir buka pada 2016, sekarang dah pun 2020. omg, 4 tahun ya tinggal blogspot ni. apa yg dah berlaku dalam masa 4 tahun tanpa aku berblog ? alhamdulillah umurku kini 28 tahun, sudah pun berkahwin sejak 2017 dan dah pun masuk tahun ketiga perkahwinan pada 2020, kami masih belum ada cahaya mata, insyaAllah soon ya. terlalu banyak juga nak cerita ni? nak cerita apa ya, heheheh. bila tengok balik post2 sebelum ni banyak post ku tentang agama, ibadah dan kehidupan remaja. nak aku berkongsi sesuatu lagi tak ?


adakah aku hanya syok sendiri, hanya aku yg menulis tanpa ada yg membaca ? jika ada yg membaca Alhamdulillah, mohonku doakan aku berjaya dunia akhirat ya.

 Alhamdulillah.

alhamdulillah, kami selamat menikah pada 11/11/2017, tak keterlaluan kalau aku cakap ini adalah arranged marriage. why ? nak tau ke, kisah k...