give your heart a break...
25.10.20
hai assalamualaikum semua !
harini terdetik hati nak bukak blogspot.com sejak kali terakhir buka pada 2016, sekarang dah pun 2020. omg, 4 tahun ya tinggal blogspot ni. apa yg dah berlaku dalam masa 4 tahun tanpa aku berblog ? alhamdulillah umurku kini 28 tahun, sudah pun berkahwin sejak 2017 dan dah pun masuk tahun ketiga perkahwinan pada 2020, kami masih belum ada cahaya mata, insyaAllah soon ya. terlalu banyak juga nak cerita ni? nak cerita apa ya, heheheh. bila tengok balik post2 sebelum ni banyak post ku tentang agama, ibadah dan kehidupan remaja. nak aku berkongsi sesuatu lagi tak ?
adakah aku hanya syok sendiri, hanya aku yg menulis tanpa ada yg membaca ? jika ada yg membaca Alhamdulillah, mohonku doakan aku berjaya dunia akhirat ya.
Alhamdulillah.
1.2.16
it's not about your scar, it's all about your heart
Si Gadis Bercerita
Ada seorang gadis tinggal di sebuah kota kecil. Zaman kehidupannya bukanlah di saat Islam sedang memuncak naik menjadi Daulah Islamiyah. Tetapi dia yakin, Daulah Islamiyah itu kelak pasti akan tercapai. Dia gemar membaca sirah tentang tokoh-tokoh sahabiah yang agung, dulu, kini dan selamanya. Tapi dia sedar dirinya takkan pernah boleh mencontohi srikandi-srikandi mawar agama zaman dahulu kerana dia sedar dia cuma seorang gadis biasa yg sering rapuh dalam banyak hal.
jom jadi Muslimah high class ! :)
“Aku Muslimah High Class, Aku ingin cari redha Allah. Aku ingin ke syurgaNya bersama orang yang aku sayang.Muslimah High Class?
Aku ingin berakhlak seperti akhlak ahli syurga.
Syurga itu Mahal, di huni oleh orang-orang Mahal (High Class dalam beriman dan bertaqwa kepada Allah).
Bukan yang sebaliknya.
Maka aku memulakan langkah hari ini. Moga hari ini lebih baik dari semalam.
Bismillah”.
Menyebutnya sahaja seakan memberi debaran pada diri. Rasa besar?. Rasa macam too extreme? Rare? Impossible? Bagaimana itu muslimah High Class? Boleh berikan makna dalam bahasa yang mudah difahami? Begini, High Class dari pemahaman saya ialah suatu yang terbaik, berkualiti tinggi, mempunyai nilai yang sangat bermakna dan ukuran yang tinggi.
”Jadi perempuan ni kena High Class sabarnya. Kena kuat hadapi apa jua yang mendatang.
Menjadi muslimah High Class itu bagi saya apa?
1. Muslimah High Class itu adalah yang takut kepada Allah dan RasulNya.
2. Muslimah yang High Class itu ialah yang setia.
3. Muslimah High Class itu, adalah muslimah yang berani untuk mengambil langkah untuk berubah.
“Change is never easy. But, remember that Allah always with you.
For me. For us. He brings us this far, so He’ll help us go through this. Believe that, Allah is never blind to our tears, never deaf to our prayers, and never silent to our pain.
He sees, He hears, and He is never too far.”
4. Muslimah High Class itu ialah seorang yang tabah hatinya dalam ujian hidup.
Banyaknya… macam susah je nak jadi Muslimah High Class ni?
Penutup:
aman tanpa perang dan tersenyumlah muslimah !
credit to : farahani :))
bercouple hanya banyak pura-pura
teringat Ustazah Fatimah Syarha pernah cakap yg dipetik dari kata2 Imam Hassan Al-Banna..20 tahun kamu kapel sebelum nikah sekalipun,kamu takkan kenal dia..yang kamu kenal adalah lakonannya semata-mata..sebelum nikah memang semua nampak indah,cantik seronok..semua pasangan (eh pasangan lah sangat kihkih lawak) kita kata semuanya betul..kentut die busuk pun kite akan kata wangi..wahai syetan,,licik sungguh kau mengaburi anak adam.
kengkawan, nak ke kita terus leka dengan cinta penuh kepalsuan sebelum bernikah ? cinta secara halal tu halal. cinta syubhah tu syubhah. nak ke kita terus terbuai dengan cinta yang penuh meragukan ? hem. nauzubillah
"ohh puh-lis lahh ustazah jadian! so kau nak kata kau bajet suci perfect segala bagai lah, aha, menyampah I..rimas tau tak,sukati wa lah, nak kapel wa bahagia ma dengan hidup wa.."
err..camne nak cakap eh if korang berkata begitu..takpelah aku watlek watpis jela ahah.
dop gini, meh ambo nop oyak meta, buko mato,buko hati fkiran mung saem2 ku :)
bukanlah aku dari kalangan yang yg mengatakan akulah terbaik, yg suci pefect segalanya..hanya Allah SAHAJA lah yg Tahu diri ni macam mana..Allah sebaik2 penilai,,mengaku ni..aku cumalah hamba Allah yg hina byk kesilapan yg kadang2 sunnah Nabi terkadang tak buat, terkadang leka dengan duniawi dan mungkin juga sering menyakikan hati manusiawi..
mohon maaf andai terasa hati, aku cuma ingin kita sama2 memburu cinta dan redha Ilahi sampai kita mati..Allahurabbi..maafkan aku sekali lagi..
mawar:dah tu cara kau ni macam taknak ade pasangan plak ? weh, kahwin sunnah, tahu ? jangan lah anti kapel sangat..takut2 kang jadi A....TU baru tahu !
kaktus : aku tak anti kapel pun..aku nak je couple,dengan syarat after nikah la..sebolehnya aku nak neutralkan dari benda2 yg tak pasti..tak perlu fokus pada soal hati,fokus persiapkan diri dan soal mati..soal hati belum tentu jadi,tapi soal mati pastilah terjadi! dah lah prioriti aku sekarang stadi..insya Allah, satu masa yg betul2 tepat aku yakin Allah pastikan hadirkan seseorang tue.ahah,labelan manusia memang sampai bila tak habis, takpe aku tetap yakin dengan Allah, tak didunia mungkin disyurga adalah insan tue.
at last, kaktus cuma mampu habiskan ayat "dah lah weh,banyak lagi benda aku perlu fikir untuk nak pastikan sel-sel otak ni berhubung; perihal umat"
noktah.
renung-renungkanlah wahai muslimah.
Taqwa itu bukanlah pada pakaian seseorang. Bukan pada niqabnya, bukan pada tudung labuhnya mahupun bukan pada jubah yang dipakainya setiap hari. Bukan ! Tetapi taqwa itu ada pada seorang muslimah yang mana dia mampu menundukkan pandangannya, dia cuba untuk mengelak fitnah yang ada pada dirinya, dan taqwa itu ada dalam hati. Sejauh mana dia mengenakan pakaian yang berbentuk muslimah hanya kerana Allah atau hanya ingin dilihat sebagai seorang 'muslimah'. Sekali lagi tepuk dada tanya iman.
Pengiktirafan wanita solehah di sisi Allah lebih besar nilainya berbanding gelaran wanita solehah di sisi manusia. Ayuh muslimah, kita koreksi diri dan kembalikan niat kita yang asal. Semoga kebaikan yang kamu lakukan dipandang tinggi oleh Allah.
nah belanja korang satu lagu tajuk Muslimah nyanyi bro Nazrey Raihan, walawehh, layan nasyid lah. sekali sekala lah. heh
perkongsian ceramah konvensyen "the bidadari" Putrajaya, 2014 (4)
perkongsian ceramah konvensyen "the bidadari" Putrajaya, 2014 (3)
perkongsian ceramah konvensyen "the bidadari" Putrajaya, 2014 (2)
perkongsian ceramah konvensyen "the bidadari" Putrajaya, 2014 (1)
"dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu,hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepada-Ku,agar mereka memperoleh kebenaran."
(Al-Baqarah:186)
"dan orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha dengan Allah, Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. mereka kekal didalamnya selama-lamanya. itulah kemenengan yang agung" (At-Taubah:100)
"maka tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfiriman), "Sesungguhnya Aku tidak menyiakan amal orang yang beramal diantara kamu,baik lelaki maupun perempuan,kerena sebagian dari kamu adalah (keturunan) dari sebahagian yang lain. maka orang yang berhijrah,yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang terbunuh, pasti akan Aku hapuskan kesalahan mereka dan pasti Aku masukkan mereka ke dalam syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai sebagai pahala dari Allah.Dan disis Allah ada pahala yang baik." (Ali-Imran:195)
Oh yaa, last but not least..pesanan Ummi Roses jugak dalam sesi satu ni.
alhamdulillah, kami selamat menikah pada 11/11/2017, tak keterlaluan kalau aku cakap ini adalah arranged marriage. why ? nak tau ke, kisah k...

-
hai assalamualaikum semua ! harini terdetik hati nak bukak blogspot.com sejak kali terakhir buka pada 2016, sekarang dah pun 2020. omg, 4 ...
-
A scar always has a story behind them. Never be ashamed of them. They are the testimony of all the hardship you went through to get where y...