“Aku Muslimah High Class, Aku ingin cari redha Allah. Aku ingin ke syurgaNya bersama orang yang aku sayang.Muslimah High Class?
Aku ingin berakhlak seperti akhlak ahli syurga.
Syurga itu Mahal, di huni oleh orang-orang Mahal (High Class dalam beriman dan bertaqwa kepada Allah).
Bukan yang sebaliknya.
Maka aku memulakan langkah hari ini. Moga hari ini lebih baik dari semalam.
Bismillah”.
Menyebutnya sahaja seakan memberi debaran pada diri. Rasa besar?. Rasa macam too extreme? Rare? Impossible? Bagaimana itu muslimah High Class? Boleh berikan makna dalam bahasa yang mudah difahami? Begini, High Class dari pemahaman saya ialah suatu yang terbaik, berkualiti tinggi, mempunyai nilai yang sangat bermakna dan ukuran yang tinggi.
”Jadi perempuan ni kena High Class sabarnya. Kena kuat hadapi apa jua yang mendatang.
Biasalah kita kaum hawa ni mesti harap yang indah-indah terjadi dalam
hidup kita. Paling tidak pun kita pernah berangan nak macam ni, nak
macam tu. Normal lah tu.Tambahan lagi, naluri seorang perempuan
ni lembut dan cepat tersentuh. Dia hanya ingin yang terbaik untuk orang
yang dia sayang..Kalau boleh semua yang dilakukannya adalah sehabis
baik dan
menyenangkan hati orang sekeliling..Kebahagiaannya adalah apabila dapat
membuat orang yang dia sayang gembira, tersenyum dan terus kuat dalam
menghadapi hidup.Kesedihan baginya pula adalah apabila melihat orang
yang dia sayang menangis, down, stress atau sakit”.Jika
kita perhatikan sudah banyak orang ‘pung pang pung pang’ mengenai
aurat..Sampaikan ada yang membuatnya dalam bentuk lagu, ada yang
membuatnya
analogi, ada yang membuatnya dalam ayat berbentuk pujukan, ayat
berbentuk rayuan, ada yang buat pantun, ada yang buat video, dan
seringkali juga dibincangkan dalam ceramah.Tidak kurang juga yang
membuat soal selidik dengan pelbagai soalan yang berkaitan tentang
aurat.Di sini, bukan niat saya untuk bahas lebih tentang itu. Saya juga
sedang dalam usaha berubah ke arah yang lebih baik, doakan saya. Saya
amat yakin yang semua manusia mempunyai fitrah untuk melakukan
kebaikan dan sukakan kebaikan. Mentaati Allah adalah kebaikan. Malah ia
turut membahagiakan dan menenangkan hati.Saya yakin potensi setiap
manusia itu ialah dia ingin berubah dan mampu berubah.Justeru itu, saya
rasa terpanggil untuk berkongsi dalam sebuah
artikel ini sebagai peringatan buat diri saya terutamanya dan sahabat
semua.
Menjadi muslimah High Class itu bagi saya apa?
1. Muslimah High Class itu adalah yang takut kepada Allah dan RasulNya.
Takut yang bagaimana? Takut dalam ertikata yang lebih tepat Beriman
dan Bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Sangat ambil berat
akan perintah Allah.Sangat takut akan marahnya Allah kepada dirinya.Maka
disebabkan itu, dia meletakkan Allah adalah keutamaan yang utama
dalam segala yang dia lakukan. Setiap perintah Allah cuba
dipatuhi.Solat 5 waktu, menutup aurat, berbakti kepada kedua ibubapa,
rajin membaca Al-Quran dan menuntut ilmu, taat kepada suami (bagi yang sudah berkahwin), mendidik anak dengan baik dan lain-lain lagi.
2. Muslimah yang High Class itu ialah yang setia.
Setia dalam banyak perkara. Terutama “ Sabar dan Solat” .Ini ada
disebutkan dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah: ayat 45-46.
Selain itu, dia setia dalam berpesan-pesan kepada kebenaran dan
berpesan-pesan kepada kesabaran.Tambahan lagi, dia juga setia dalam
membaca Al-Quran walaupun pada
permulaan dia letakkan target sehari sehelai. Lepas tu insyaaAllah ada
penambahan pula.Haa..begitulah..Bahkan, Muslimah High Class ini ialah
dia yang setia
dalam mencurahkan kasih sayang yang High Class kepada ibubapanya, kepada
suaminya, kepada guru-gurunya, kepada sahabat-sahabatnya, kepada
anak-anaknya dan kepada seluruh manusia yang lain mengikut syariat yang
digariskan dalam islam dan mencontohi sikap Nabi Muhammad s.a.w.Bukan
pula sebaliknya, iaitu mencurah kan kasih sayang bagai mencurah air ke
daun keladi.Macam tidak sudi. Seperti melepaskan batuk ditangga.Hanya
memberi sisa-sisa kasih sayang yang didalamnya suda terisi
dengan rasa penat, mengantuk, dan moody.. Bukan juga yang khayal dengan
dunia ciptaan sendiri.Sibuk dengan gadjet dan laman sosial seperti
Facebook, WhatsApp,
WeChat, Instagram, dan lain-lain lagi. Bukan tak boleh semua tu, cuma
kita kena High Classlah dalam menguruskan masa. Kan.
3. Muslimah High Class itu, adalah muslimah yang berani untuk mengambil langkah untuk berubah.
Dia berani untuk berubah walaupun perlu menggunakan “analogi anak
kecil” iaitu dari tidak pandai berjalan sehingga menjadi pandai berjalan
dan akhirnya pandai berlari.Jika kita yang sedang membaca ini berniat
untuk berubah atau sedang
belajar dalam melakukan perubahan. Teruskanlah. Tahniah saya ucapkan
buat kita. We’re choosen.Jadilah yang terpilih dan memilih. Jangan jadi
yang terpilih tapi tidak memilih. Melangkah lah sahabatku.
Perlahan-lahan.Mungkin akan kedengaran suara-suara merdu “ woi..lain sudah kau sekarang” “muslimah sejati tu…” “Ustazah” “ Khemah bergerak” “Cendawan”
dan seangkatan dengannya.Percayalah, ini normal. Berubah ni luas. Jika
sebelum ini tidak solat, sekarang ini sudah solat juga adalah satu
perubahan.Jika sebelum ni bercakap kasar, sekarang berusaha sedikit demi
sedikit untuk menjaga tutur kata juga ialah satu perubahan.
Saya pernah terbaca satu perenggan ayat ni:“Change is never easy. But, remember that Allah always with you.
For me. For us. He brings us this far, so He’ll help us go through this. Believe that, Allah is never blind to our tears, never deaf to our prayers, and never silent to our pain.
He sees, He hears, and He is never too far.”
4. Muslimah High Class itu ialah seorang yang tabah hatinya dalam ujian hidup.
Percayalah, Allah menguji kita sesuai dengan kesanggupan kita.Sewaktu
berada di sekolah menengah hinggalah sekarang, Allah uji kita
dengan dugaan agar kita mengenali diri kita sendiri, banyak pilihan
yang harus kita buat, kerap juga bergelut dengan bisikan hati dan
perasaan. Keliru.Ada ketika, Allah uji kita dengan menghadirkan seorang
lelaki dalam
hidup kita. Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah kewangan.
Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah keluarga.Kadang-kala Allah uji
kita dengan memberi penyakit kepada kita.
Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah kawan-kawan. Kadang-kala Allah
uji kita dengan kehilangan benda atau orang yang kita
sayang.Kadang-kala Allah uji kita dengan kemewahan. Kadang-kala Allah
uji kita dengan jawatan dan ditempat kerja.Dan Kadang-kala Allah uji
diri kita dengan perasaan yang besilih
ganti seperti sedih berpanjangan, riak, rasa diri cantik, rasa diri
kurang cantik, rasa bimbang, rasa kurang keyakinan, dan segala rasa-rasa
yang positif mahupun negatif. Beware!Amalkan lah erti hidup pada
memberi. Tenang dan menenangkan. Bahagia dan membahagiakan.Jika kita
selami dan perhatikan, perempuan itu amat dekat jiwanya untuk
memberi.Tetapi tidaklah pula saya mengatakan kaum lelaki tidak suka
memberi.Cuma di sini, saya fokuskan kita berfikir tentang kita yakni
Kaum Hawa.Honestly says that, perempuan kena bersedia untuk memberi
bahagia,
memberi pengorbanan, memberi usaha yang all out dalam semua yang dia
lakukan (sebenarnya lelaki pun).Tidak kisahlah samaada dari segi
masakannya, dari segi mengemas
rumah, cuci kain, menjaga ibubapa, melayan suami, menjaga dan mendidik
anak, buat assignments, bisnesnya, kerja dakwahnya, dan
lain-lain.Mencuba dan terus mencuba. Berusaha dan terus berusaha.Semua
hanya untuk mencari redha Allah.Ini sepatutnya yang disetkan dalam minda
seorang “Muslimah High Class”.
Banyaknya… macam susah je nak jadi Muslimah High Class ni?
Dan yakinlah bahawa akhirnya, Muslimah High Class itu akan dapat apa yang dia pernah beri. What you give, you get back.
Itulah sifirnya.Contohnya, jika seorang perempuan berbuat baik kepada
ibubapanya, insyaaAllah, anaknya jua nanti akan berbuat baik
padanya.Jika dia rajin melemparkan senyuman, bantu orang susah, akan dia
dapati ramai manusia yang juga murah senyuman padanya dan membantunya
disaat dia memerlukan.That’s life. Allah maha adil.Allah menguji kita hari ini kerana Allah mempersiapkan kita untuk menjadi tabah.Yakni
tabah dengan ujian hidup yang akan datang. Allah menguji kita
kerana Allah mempersiapkan kita untuk menjadi perempuan yang
berdikari.Allah mempersiapkan kita untuk menjadi perempuan yang matang
serta
kental jiwanya walau apa jua di hadapan. Allah mempersiapkan diri kita
untuk amanah-amanah yang lebih banyak di masa akan datang.Lantas, Allah
mendidik kita. Dengan lembut.Baiknya Allah, dia mendidik kita dengan
cara yang sesuai dengan diri
kita, dengan mengambil kira segala sisi, yang termampu kita
menanggungnya.
Penutup:
All of All yang disebutkan diatas, yang saya rasa paling penting, Muslimah High Class itu adalah yang sedar, tahu, dan mahu.Bagaimana
tu?Muslimah High Class ini, dia sedar yang akhirnya dia akan Mati.
Kembali kepada Allah. Dia sedar yang setiap apa yang dia lakukan didunia
akan dicatat samaada sebagai pahala dan dosa.Jika baik pahala, jika
buruk dosa.Dan ini akan membawa akibat yang besar buat akhiratnya. Dia
sedar
yang dia perlu beriman dengan 6 rukun iman dan melaksanakan 5 rukun
islam.Kemudian atas kesedaran itulah, dia tahu dia perlu berusaha untuk
mancari redha Allah dalam setiap yang dia lakukan, dia perlu mencari
ilmu, menyampaikan ilmu, dan dia perlu memperbaiki diri hari demi
hari.Ini semua kerana matlamatnya ingin bertemu dengan Allah,
Rasulullah, dan berbahagia selama-lamanya di Syurga.Jadi. Jom sama-sama
pimpin tangan “kita usaha jadi MUSLIMAH HIGH CLASS!!”.Ia bukan soal
berapa kali kita jatuh, tetapi ia soal kita sedar, tahu dan mahu. Doakan
saya dan kita semua.
aman tanpa perang dan tersenyumlah muslimah !
credit to : farahani :))
No comments:
Post a Comment