Ada seorang gadis tinggal di sebuah kota kecil. Zaman kehidupannya bukanlah di saat Islam sedang memuncak naik menjadi Daulah Islamiyah. Tetapi dia yakin, Daulah Islamiyah itu kelak pasti akan tercapai. Dia gemar membaca sirah tentang tokoh-tokoh sahabiah yang agung, dulu, kini dan selamanya. Tapi dia sedar dirinya takkan pernah boleh mencontohi srikandi-srikandi mawar agama zaman dahulu kerana dia sedar dia cuma seorang gadis biasa yg sering rapuh dalam banyak hal.
Zaman kehidupannya penuh dengan jahiliyyah yang
menguasai setiap ruang lingkup atmosfera. Alhamdulillah, katanya. Alhamdulillah
katanya, kerana Allah SWT masih mahu menyinari hidup dan dirinya dengan sedikit
cahaya Islam. Dengan cahaya itu dia menilai baik dan buruk. Sudah tentu, ianya
bukanlah mudah. Kerana tak setiap langkah yg diambil, mudah baginya. Hanya
kekuatan yg dia yakin Allah beri kepadanya, dia cuba pilih untuk tetap teguh
dalam hidup.
Rabiatul Adawiyah sumber inspirasinya. Wanita suci
yang mengabdikan diri sehari-hari untuk beribadat kepada Allah. Seorang gadis
yang sangat menjadikan Rabiatul Adawiyah sebagai idolanya, kadang-kadang si
gadis ni tetap akan tersilap langkah juga. Bukan senang mahu menjadi seperti
Rabiatul Adawiyah, tambahan pula dengan kehidupan dunia kini. Tak mengapalah kata
Si Gadis memujuk hati dan perasaannya sendiri, menjadi seorang yang ‘perfect’
seperti Rabiatul Adawiyah, si gadis mungkin tak mampu, paling tidak, si gadis
berusaha bersungguh-sungguh mencontohi beliau. Seorang yang sangat menjaga
maruah diri sehinggakan kehidupan dunia bukanlah yang diingini.
Gadis ini suka akan doa Rabiatul Adawiyah yang ini.
"Ya Allah,
sekiranya aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam
neraka. Sekiranya aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku
dari syurga. Namun sekiranya aku menyembah-Mu semata-mata demi-Mu, janganlah
Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku."
Dia hanyalah seorang gadis biasa. Suatu hari yang
penuh berkat, muncul satu perbicaraan untuk keluarga Si Gadis. Perbicaraan luar
biasa yang pastinya membincangkan isu masa depan Si Gadis dan Sang Teruna.
Perbincangan yang pastinya menuju kepada sebuah pelayaran bahtera Baitul
Muslim. Itu lah agendanya.
Dia terfikir, bagaimana mahu jadi seperti Rabiatul
Adawiyah kalau begini keadaannya? Namun, menolak kepada sebuah perkahwinan
bukanlah apa yang Si Gadis merasakan suatu yang betul.
Paling tidak, dia mahu menjadi seperti wanita yang
menarik kuda Fatimah (anak Rasulullah SAW) untuk memasuki syurga. Wanita itulah
yang pertama memasuki syurga! Sungguh hebat pengabdian wanita tersebut kepada
keluarga dan agamanya. Hebat-hebat kisah sahabiah yang ada! Si Gadis sungguh
terinspirasi! Kerana sesungguhnya menjadi tujuan setiap manusia untuk menuju ke
syurga-Nya yang abadi.
Kata-kata Zainab Al-Ghazali, "...Hidup ini
terlalu singkat untuk menjadi orang biasa...". Perlu jadi yang luar biasa
untuk mendapat tempat yang luar biasa di akhirat kelak!
Si Gadis pernah terbaca tentang satu hadis.
"Bila
telah datang (untuk melamar) kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai
agama dan perangainya (akhlaknya), maka nikahkanlah dia, bila kalian tidak
melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang
bermaharajalela." (Riwayat At Tirmizy, Sa'id bin Mansur, At Thabrani, Al
Baihaqi dan dihasankan oleh Al Albani)"
Masakan perlu ditolak kerana kejayaan mendirikan
sebuah Daulah Islamiyah juga berasaskan dengan tertubuhnya sebuah Baitul
Muslim. Baitul Muslim tidak akan berjaya tanpa adanya dua individu yang
benar-benar ingin menerapkan Islam ke dalam diri mereka, sekaligus berusaha
untuk mengembangkan Islam dalam masyarakat. Menolak lamaran daripada seseorang
yang soleh bukanlah apa yang Si Gadis mahukan.
Pertemuan dua buah keluarga sedikit sebanyak telah
melegakan Si Gadis. Kerana dia tidak mahu berkawan dengan lelaki yang
sebarangan. Berkawan yang tidak tentu hala yang akhirnya tak tahu apa tujuannya
dan matlamatnya.
Namun dia sedar pertemuan ini, kalaulah pun mendapat
'restu' untuk berkawan daripada ibu bapa kedua-dua belah pihak, bukanlah satu
tiket untuk mereka berhubung tanpa ada tujuan yang membenarkan.
“Perjalanan masih jauh, perlu sangat berhati-hati dan
berdoa diberikan petunjuk”. Pesan seseorang kepada si gadis.
Tiada apa yang Si Gadis dapat berharap, hanya agar
Allah SWT memudahkan setiap cabang perjalanan hidupnya.
Kata Si Gadis yg bercerita itu, dia bercerita untuk berkongsi
agar ada sebahagian daripada ceritanya boleh dijadikan teladan bukan ingin
menampakkan kebaikan tapi cuba memberi manfaat kepada orang lain. si gadis
tetap pilih cuba berdiri teguh walau terkadang dia sering jatuh. Biarlah
katanya, kerana baginya memberi manfaat kepada penghidupan orang lain sangat
memberi makna dan kebahagiaan dalam hidupnya walau si gadis sedar dia tak
sempurna membahagiakan orang sekelilingnya hatta dirinya sendiri. Selagi berada
dalam pentas kehidupan dunia fana katanya, mana ada yg sempurna, itu kata si
gadis , demi memujuk hatinya tiap-tiap hari.
Cuma Allah yg Maha Sempurna.
No comments:
Post a Comment