1.2.16

renung-renungkanlah wahai muslimah.








Taqwa itu bukanlah pada pakaian seseorang. Bukan pada niqabnya, bukan pada tudung labuhnya mahupun bukan pada jubah yang dipakainya setiap hari. Bukan ! Tetapi taqwa itu ada pada seorang muslimah yang mana dia mampu menundukkan pandangannya, dia cuba untuk mengelak fitnah yang ada pada dirinya, dan taqwa itu ada dalam hati. Sejauh mana dia mengenakan pakaian yang berbentuk muslimah hanya kerana Allah atau hanya ingin dilihat sebagai seorang 'muslimah'. Sekali lagi tepuk dada tanya iman.

Pengiktirafan wanita solehah di sisi Allah lebih besar nilainya berbanding gelaran wanita solehah di sisi manusia. Ayuh muslimah, kita koreksi diri dan kembalikan niat kita yang asal. Semoga kebaikan yang kamu lakukan dipandang tinggi oleh Allah.

nah belanja korang satu lagu tajuk Muslimah nyanyi bro Nazrey Raihan, walawehh, layan nasyid lah. sekali sekala lah. heh

No comments:

Post a Comment

alhamdulillah, kami selamat menikah pada 11/11/2017, tak keterlaluan kalau aku cakap ini adalah arranged marriage. why ? nak tau ke, kisah k...