1.2.16

perkongsian ceramah konvensyen "the bidadari" Putrajaya, 2014 (1)

KONVENSYEN BIDADARI 2014

                                                         Sesi  : Puan Ummi Roses
Tajuk : Srikandi disisi Rasulullah S.A.W
Apa itu srikandi?
“a woman desired or idealized for her courage,outstanding achievements,or noble qualities”
Ummul mukminin yang agung yg biasa kite dengar seperti :
1)Saidatina Khadijah r.a
2)Saidatina Aisyah r.a
3) Saidatina Fatimah Az-Zahra
4)Saidatina Zainab
5)Ummu sulaim

P/s If ada antara kite yg tak kenal lagi dengan nama2 srikandi kat atas ni, jom bedah buku atau google dari mana2 sumber yg sahih untuk hayati kisah perjuangan mereka yeaa

Yang kurang dengar tapi sumbangan dan peranan dia dalam Islam pun sangat mulia,jom kenal :D
1)      FATIMAH BT. ASAD BIN HASYIM.
-ibu kepada Ali r.a
-mertua kpd Fatimah r.a
-pernah mengasuh Rasulullah SAW sejak kecil
-juga ibu kepada Jaafar b. abi talib yg berhijrah ke Habsyah (beliau lepaskan anaknya ini dengan sepenuh hati supaya berjihad di jalan Allah,,leh google pasal Jaafar bin Abi Talib kalau nak tahu lebih lanjut siapa beliau^^ )


2)      UMMU HARAM BT. MILHAN
-saudara kepada Ummu Sulaim
-mak saudara kepada Anas bin Malik (ibunya Ummu Sulaim)
-Rasulullah S.A.W mendoakan beliau syahid dalam peperangan di laut seperti diminta oleh beliau.
-hafal dan memahami hadis muttafaqun alaih.
- suka mendahulukan orang lain daripada diri sendiri (ithar)
-hidupnya sehingga zaman khalifah Uthman
-nama suami : Ubadah Bn. Samit

3)      UMMU ‘AMARAH NUSAIBAH BT. KAAB
-antara yg berbaiah di Aqabah.
-ikut serta dalam Perang Uhud.
-wanita pertama yang ikut berperang (bertugas merawat )
-berusaha melindungi Nabi Muhammad S.A.W dari dikecam musuh
-pernah bertanyakan Nabi SAW adakah lebihnya istimewa lelaki daripada perempuan?
Turunnya ayat ini menerangkan bahawa samada lelaki dan perempuan sama sahaja.

“Sungguh,lelaki dan perempuan muslim,lelaki dan perempuan mukmin,lelaki dan perempuan yang tetap ketaatannya,lelaki dan perempuan yang benar,lelaki dan perempuan yang sabar,lelaki dan perempuan yang kusyuk,lelaki dan perempuan yang bersedekah,lelaki dan perempuan yang berpuasa,lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya,lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.”                                                                                                                              (Al-Ahzab:35)
                                                                                                                                

Dalam ayat kat atas..ada 10 ciri yang mana baik lelaki dan perempuan amalkan dalam kehidupan seharian kita pasti dapat ampunan dan pahala yang besar..tiada beza antara lelaki dan perempuan..dua2 dapat ampunan dan pahala yang besar dr Allah S.W.T sekiranya 10 ciri diatas diamalkan..huhuhu jom amalkan ! (:


4)      UMMU AIMAN : BARAKAH BT. THALABAH
-hamba sahaya (Abdullah b. Abd Mutallib) dimerdekan selepas Rasulullah S.A.W menikahi saidatina Khadijah r.a
-isteri kepada Zaid bin Harithah
-ibu kepada Usamah Bin Zaid
-mendidik Rasulullah SAW hingga Nabi pun panggilnya ibu.




APA YANG SAHABIAH ADA TAPI KITE TAKDE??(tapi jgn risau n sedih kite leh adekan insya Allah,senyum sikit)

-depa berani berhadapan dengan musuh..kalau ikut sekarang, agak2 musuh kite ? setan la..hehe
-Taat ketaatan kepada Allah SWT Rasulullah S.A.W
-sentiasa nak pertahankan maruah agama dan diri tak kire ape situasi pun
-menahan sabar dengan apa situasi pun.
-sentiasa utamakan orang lain (ithar)
-sentiasa memohon doa/didoakan dengan perkara yang lebih baik.

BOLEH TAK IF KITE BERKEINGINAN NAK JADI SRIKANDI JUGAK…??

Boleh je takde masalah hehe mohon doa banyak-banyak kat Allah sambil tu kita usaha mana yang kita mampu dalam perjalanan nak buru redha Allah SWT ni..insya Allah, Dia pasti akan tolong n bantu kita..yakin dengan janji Allah..ce hayati ayat cinta Allah SWT nie :D

"dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu,hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepada-Ku,agar mereka memperoleh kebenaran."
                                                                                                                                 (Al-Baqarah:186) 

Ummi Roses ade pesan jugak,if nak hayati perjuangan para sahabiah dulu..sematkan dalam hati ayat-ayat Al-Quran ni buat motivasi :D

"dan orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha dengan Allah, Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. mereka kekal didalamnya selama-lamanya. itulah kemenengan yang agung"                                                                                                                  (At-Taubah:100)

"maka tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfiriman), "Sesungguhnya Aku tidak menyiakan amal orang yang beramal diantara kamu,baik lelaki maupun perempuan,kerena sebagian dari kamu adalah (keturunan) dari sebahagian yang lain. maka orang yang berhijrah,yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang terbunuh, pasti akan Aku hapuskan kesalahan mereka dan pasti Aku masukkan mereka ke dalam syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai sebagai pahala dari Allah.Dan disis Allah ada pahala yang baik."                                                                                                                              (Ali-Imran:195)

Oh yaa, last but not least..pesanan Ummi Roses jugak dalam sesi satu ni.

1)      Masa lapang gunekan sebaik mungkin !
2)      Amalkan solat berjemaah kalau ada peluang
3)      Amalkan baca Al-Ma’thurat pagi dan petang
4)   Tido dalam lingkungan jam 10 atau 11, then dalam sepertiga malam try jugak bangun tahajjud
5)  Hidupkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W dengan “qailullah” (tido 10 mins sebelum waktu zohor)

Alhamdulillah,setakat ni yang boleh sira kongsikan hasil catitan yang tak seberapa, sepanjang sesi satu berlangsung, kalau ada terlebih terkurang mohon doa pada Allah supaya ampunkan sira yang banyak khilaf ni yea..oh yea kadang tu yg kisah-kisah srikandi disarankan lagi sira sendiri n kite semua untuk cari gali lagi melalui DENGAR CERAMAH2 AGAMA KE,  buku atau mungkin search engine on google..cebisan nota kat atas sekadar berkongsi nama tokoh-tokoh yang kite kurang kenal..if nak kenal, boleh la usaha dengan cadangan tadi..buku atau google (pastikan sumber sahih tau tau)..semoga Allah jadikan kita bidadari dunia dan bidadari syurga..aamiin

P/s semoga kita semua diberikan kekuatan untuk beramal.
                                                                                                                                             

No comments:

Post a Comment

alhamdulillah, kami selamat menikah pada 11/11/2017, tak keterlaluan kalau aku cakap ini adalah arranged marriage. why ? nak tau ke, kisah k...