A scar always has a story behind them. Never be ashamed of them. They
are the testimony of all the hardship you went through to get where you
are now.
1.2.16
Si Gadis Bercerita
Ada seorang gadis tinggal di sebuah kota kecil. Zaman kehidupannya bukanlah di saat Islam sedang memuncak naik menjadi Daulah Islamiyah. Tetapi dia yakin, Daulah Islamiyah itu kelak pasti akan tercapai. Dia gemar membaca sirah tentang tokoh-tokoh sahabiah yang agung, dulu, kini dan selamanya. Tapi dia sedar dirinya takkan pernah boleh mencontohi srikandi-srikandi mawar agama zaman dahulu kerana dia sedar dia cuma seorang gadis biasa yg sering rapuh dalam banyak hal.
Zaman kehidupannya penuh dengan jahiliyyah yang
menguasai setiap ruang lingkup atmosfera. Alhamdulillah, katanya. Alhamdulillah
katanya, kerana Allah SWT masih mahu menyinari hidup dan dirinya dengan sedikit
cahaya Islam. Dengan cahaya itu dia menilai baik dan buruk. Sudah tentu, ianya
bukanlah mudah. Kerana tak setiap langkah yg diambil, mudah baginya. Hanya
kekuatan yg dia yakin Allah beri kepadanya, dia cuba pilih untuk tetap teguh
dalam hidup.
Rabiatul Adawiyah sumber inspirasinya. Wanita suci
yang mengabdikan diri sehari-hari untuk beribadat kepada Allah. Seorang gadis
yang sangat menjadikan Rabiatul Adawiyah sebagai idolanya, kadang-kadang si
gadis ni tetap akan tersilap langkah juga. Bukan senang mahu menjadi seperti
Rabiatul Adawiyah, tambahan pula dengan kehidupan dunia kini. Tak mengapalah kata
Si Gadis memujuk hati dan perasaannya sendiri, menjadi seorang yang ‘perfect’
seperti Rabiatul Adawiyah, si gadis mungkin tak mampu, paling tidak, si gadis
berusaha bersungguh-sungguh mencontohi beliau. Seorang yang sangat menjaga
maruah diri sehinggakan kehidupan dunia bukanlah yang diingini.
Gadis ini suka akan doa Rabiatul Adawiyah yang ini.
"Ya Allah,
sekiranya aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam
neraka. Sekiranya aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku
dari syurga. Namun sekiranya aku menyembah-Mu semata-mata demi-Mu, janganlah
Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku."
Dia hanyalah seorang gadis biasa. Suatu hari yang
penuh berkat, muncul satu perbicaraan untuk keluarga Si Gadis. Perbicaraan luar
biasa yang pastinya membincangkan isu masa depan Si Gadis dan Sang Teruna.
Perbincangan yang pastinya menuju kepada sebuah pelayaran bahtera Baitul
Muslim. Itu lah agendanya.
Dia terfikir, bagaimana mahu jadi seperti Rabiatul
Adawiyah kalau begini keadaannya? Namun, menolak kepada sebuah perkahwinan
bukanlah apa yang Si Gadis merasakan suatu yang betul.
Paling tidak, dia mahu menjadi seperti wanita yang
menarik kuda Fatimah (anak Rasulullah SAW) untuk memasuki syurga. Wanita itulah
yang pertama memasuki syurga! Sungguh hebat pengabdian wanita tersebut kepada
keluarga dan agamanya. Hebat-hebat kisah sahabiah yang ada! Si Gadis sungguh
terinspirasi! Kerana sesungguhnya menjadi tujuan setiap manusia untuk menuju ke
syurga-Nya yang abadi.
Kata-kata Zainab Al-Ghazali, "...Hidup ini
terlalu singkat untuk menjadi orang biasa...". Perlu jadi yang luar biasa
untuk mendapat tempat yang luar biasa di akhirat kelak!
Si Gadis pernah terbaca tentang satu hadis.
"Bila
telah datang (untuk melamar) kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai
agama dan perangainya (akhlaknya), maka nikahkanlah dia, bila kalian tidak
melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang
bermaharajalela." (Riwayat At Tirmizy, Sa'id bin Mansur, At Thabrani, Al
Baihaqi dan dihasankan oleh Al Albani)"
Masakan perlu ditolak kerana kejayaan mendirikan
sebuah Daulah Islamiyah juga berasaskan dengan tertubuhnya sebuah Baitul
Muslim. Baitul Muslim tidak akan berjaya tanpa adanya dua individu yang
benar-benar ingin menerapkan Islam ke dalam diri mereka, sekaligus berusaha
untuk mengembangkan Islam dalam masyarakat. Menolak lamaran daripada seseorang
yang soleh bukanlah apa yang Si Gadis mahukan.
Pertemuan dua buah keluarga sedikit sebanyak telah
melegakan Si Gadis. Kerana dia tidak mahu berkawan dengan lelaki yang
sebarangan. Berkawan yang tidak tentu hala yang akhirnya tak tahu apa tujuannya
dan matlamatnya.
Namun dia sedar pertemuan ini, kalaulah pun mendapat
'restu' untuk berkawan daripada ibu bapa kedua-dua belah pihak, bukanlah satu
tiket untuk mereka berhubung tanpa ada tujuan yang membenarkan.
“Perjalanan masih jauh, perlu sangat berhati-hati dan
berdoa diberikan petunjuk”. Pesan seseorang kepada si gadis.
Tiada apa yang Si Gadis dapat berharap, hanya agar
Allah SWT memudahkan setiap cabang perjalanan hidupnya.
Kata Si Gadis yg bercerita itu, dia bercerita untuk berkongsi
agar ada sebahagian daripada ceritanya boleh dijadikan teladan bukan ingin
menampakkan kebaikan tapi cuba memberi manfaat kepada orang lain. si gadis
tetap pilih cuba berdiri teguh walau terkadang dia sering jatuh. Biarlah
katanya, kerana baginya memberi manfaat kepada penghidupan orang lain sangat
memberi makna dan kebahagiaan dalam hidupnya walau si gadis sedar dia tak
sempurna membahagiakan orang sekelilingnya hatta dirinya sendiri. Selagi berada
dalam pentas kehidupan dunia fana katanya, mana ada yg sempurna, itu kata si
gadis , demi memujuk hatinya tiap-tiap hari.
Cuma Allah yg Maha Sempurna.
jom jadi Muslimah high class ! :)
Buat diriku dan hawa-hawa sekalian, try Motivatekan diri kita dengan mengatakan ini setiap hari:
Menyebutnya sahaja seakan memberi debaran pada diri. Rasa besar?. Rasa macam too extreme? Rare? Impossible? Bagaimana itu muslimah High Class? Boleh berikan makna dalam bahasa yang mudah difahami? Begini, High Class dari pemahaman saya ialah suatu yang terbaik, berkualiti tinggi, mempunyai nilai yang sangat bermakna dan ukuran yang tinggi.
”Jadi perempuan ni kena High Class sabarnya. Kena kuat hadapi apa jua yang mendatang.
aman tanpa perang dan tersenyumlah muslimah !
credit to : farahani :))
“Aku Muslimah High Class, Aku ingin cari redha Allah. Aku ingin ke syurgaNya bersama orang yang aku sayang.Muslimah High Class?
Aku ingin berakhlak seperti akhlak ahli syurga.
Syurga itu Mahal, di huni oleh orang-orang Mahal (High Class dalam beriman dan bertaqwa kepada Allah).
Bukan yang sebaliknya.
Maka aku memulakan langkah hari ini. Moga hari ini lebih baik dari semalam.
Bismillah”.
Menyebutnya sahaja seakan memberi debaran pada diri. Rasa besar?. Rasa macam too extreme? Rare? Impossible? Bagaimana itu muslimah High Class? Boleh berikan makna dalam bahasa yang mudah difahami? Begini, High Class dari pemahaman saya ialah suatu yang terbaik, berkualiti tinggi, mempunyai nilai yang sangat bermakna dan ukuran yang tinggi.
”Jadi perempuan ni kena High Class sabarnya. Kena kuat hadapi apa jua yang mendatang.
Biasalah kita kaum hawa ni mesti harap yang indah-indah terjadi dalam
hidup kita. Paling tidak pun kita pernah berangan nak macam ni, nak
macam tu. Normal lah tu.Tambahan lagi, naluri seorang perempuan
ni lembut dan cepat tersentuh. Dia hanya ingin yang terbaik untuk orang
yang dia sayang..Kalau boleh semua yang dilakukannya adalah sehabis
baik dan
menyenangkan hati orang sekeliling..Kebahagiaannya adalah apabila dapat
membuat orang yang dia sayang gembira, tersenyum dan terus kuat dalam
menghadapi hidup.Kesedihan baginya pula adalah apabila melihat orang
yang dia sayang menangis, down, stress atau sakit”.Jika
kita perhatikan sudah banyak orang ‘pung pang pung pang’ mengenai
aurat..Sampaikan ada yang membuatnya dalam bentuk lagu, ada yang
membuatnya
analogi, ada yang membuatnya dalam ayat berbentuk pujukan, ayat
berbentuk rayuan, ada yang buat pantun, ada yang buat video, dan
seringkali juga dibincangkan dalam ceramah.Tidak kurang juga yang
membuat soal selidik dengan pelbagai soalan yang berkaitan tentang
aurat.Di sini, bukan niat saya untuk bahas lebih tentang itu. Saya juga
sedang dalam usaha berubah ke arah yang lebih baik, doakan saya. Saya
amat yakin yang semua manusia mempunyai fitrah untuk melakukan
kebaikan dan sukakan kebaikan. Mentaati Allah adalah kebaikan. Malah ia
turut membahagiakan dan menenangkan hati.Saya yakin potensi setiap
manusia itu ialah dia ingin berubah dan mampu berubah.Justeru itu, saya
rasa terpanggil untuk berkongsi dalam sebuah
artikel ini sebagai peringatan buat diri saya terutamanya dan sahabat
semua.
Menjadi muslimah High Class itu bagi saya apa?
1. Muslimah High Class itu adalah yang takut kepada Allah dan RasulNya.
Takut yang bagaimana? Takut dalam ertikata yang lebih tepat Beriman
dan Bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Sangat ambil berat
akan perintah Allah.Sangat takut akan marahnya Allah kepada dirinya.Maka
disebabkan itu, dia meletakkan Allah adalah keutamaan yang utama
dalam segala yang dia lakukan. Setiap perintah Allah cuba
dipatuhi.Solat 5 waktu, menutup aurat, berbakti kepada kedua ibubapa,
rajin membaca Al-Quran dan menuntut ilmu, taat kepada suami (bagi yang sudah berkahwin), mendidik anak dengan baik dan lain-lain lagi.
2. Muslimah yang High Class itu ialah yang setia.
Setia dalam banyak perkara. Terutama “ Sabar dan Solat” .Ini ada
disebutkan dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah: ayat 45-46.
Selain itu, dia setia dalam berpesan-pesan kepada kebenaran dan
berpesan-pesan kepada kesabaran.Tambahan lagi, dia juga setia dalam
membaca Al-Quran walaupun pada
permulaan dia letakkan target sehari sehelai. Lepas tu insyaaAllah ada
penambahan pula.Haa..begitulah..Bahkan, Muslimah High Class ini ialah
dia yang setia
dalam mencurahkan kasih sayang yang High Class kepada ibubapanya, kepada
suaminya, kepada guru-gurunya, kepada sahabat-sahabatnya, kepada
anak-anaknya dan kepada seluruh manusia yang lain mengikut syariat yang
digariskan dalam islam dan mencontohi sikap Nabi Muhammad s.a.w.Bukan
pula sebaliknya, iaitu mencurah kan kasih sayang bagai mencurah air ke
daun keladi.Macam tidak sudi. Seperti melepaskan batuk ditangga.Hanya
memberi sisa-sisa kasih sayang yang didalamnya suda terisi
dengan rasa penat, mengantuk, dan moody.. Bukan juga yang khayal dengan
dunia ciptaan sendiri.Sibuk dengan gadjet dan laman sosial seperti
Facebook, WhatsApp,
WeChat, Instagram, dan lain-lain lagi. Bukan tak boleh semua tu, cuma
kita kena High Classlah dalam menguruskan masa. Kan.
3. Muslimah High Class itu, adalah muslimah yang berani untuk mengambil langkah untuk berubah.
Dia berani untuk berubah walaupun perlu menggunakan “analogi anak
kecil” iaitu dari tidak pandai berjalan sehingga menjadi pandai berjalan
dan akhirnya pandai berlari.Jika kita yang sedang membaca ini berniat
untuk berubah atau sedang
belajar dalam melakukan perubahan. Teruskanlah. Tahniah saya ucapkan
buat kita. We’re choosen.Jadilah yang terpilih dan memilih. Jangan jadi
yang terpilih tapi tidak memilih. Melangkah lah sahabatku.
Perlahan-lahan.Mungkin akan kedengaran suara-suara merdu “ woi..lain sudah kau sekarang” “muslimah sejati tu…” “Ustazah” “ Khemah bergerak” “Cendawan”
dan seangkatan dengannya.Percayalah, ini normal. Berubah ni luas. Jika
sebelum ini tidak solat, sekarang ini sudah solat juga adalah satu
perubahan.Jika sebelum ni bercakap kasar, sekarang berusaha sedikit demi
sedikit untuk menjaga tutur kata juga ialah satu perubahan.
Saya pernah terbaca satu perenggan ayat ni:“Change is never easy. But, remember that Allah always with you.
For me. For us. He brings us this far, so He’ll help us go through this. Believe that, Allah is never blind to our tears, never deaf to our prayers, and never silent to our pain.
He sees, He hears, and He is never too far.”
4. Muslimah High Class itu ialah seorang yang tabah hatinya dalam ujian hidup.
Percayalah, Allah menguji kita sesuai dengan kesanggupan kita.Sewaktu
berada di sekolah menengah hinggalah sekarang, Allah uji kita
dengan dugaan agar kita mengenali diri kita sendiri, banyak pilihan
yang harus kita buat, kerap juga bergelut dengan bisikan hati dan
perasaan. Keliru.Ada ketika, Allah uji kita dengan menghadirkan seorang
lelaki dalam
hidup kita. Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah kewangan.
Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah keluarga.Kadang-kala Allah uji
kita dengan memberi penyakit kepada kita.
Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah kawan-kawan. Kadang-kala Allah
uji kita dengan kehilangan benda atau orang yang kita
sayang.Kadang-kala Allah uji kita dengan kemewahan. Kadang-kala Allah
uji kita dengan jawatan dan ditempat kerja.Dan Kadang-kala Allah uji
diri kita dengan perasaan yang besilih
ganti seperti sedih berpanjangan, riak, rasa diri cantik, rasa diri
kurang cantik, rasa bimbang, rasa kurang keyakinan, dan segala rasa-rasa
yang positif mahupun negatif. Beware!Amalkan lah erti hidup pada
memberi. Tenang dan menenangkan. Bahagia dan membahagiakan.Jika kita
selami dan perhatikan, perempuan itu amat dekat jiwanya untuk
memberi.Tetapi tidaklah pula saya mengatakan kaum lelaki tidak suka
memberi.Cuma di sini, saya fokuskan kita berfikir tentang kita yakni
Kaum Hawa.Honestly says that, perempuan kena bersedia untuk memberi
bahagia,
memberi pengorbanan, memberi usaha yang all out dalam semua yang dia
lakukan (sebenarnya lelaki pun).Tidak kisahlah samaada dari segi
masakannya, dari segi mengemas
rumah, cuci kain, menjaga ibubapa, melayan suami, menjaga dan mendidik
anak, buat assignments, bisnesnya, kerja dakwahnya, dan
lain-lain.Mencuba dan terus mencuba. Berusaha dan terus berusaha.Semua
hanya untuk mencari redha Allah.Ini sepatutnya yang disetkan dalam minda
seorang “Muslimah High Class”.
Banyaknya… macam susah je nak jadi Muslimah High Class ni?
Dan yakinlah bahawa akhirnya, Muslimah High Class itu akan dapat apa yang dia pernah beri. What you give, you get back.
Itulah sifirnya.Contohnya, jika seorang perempuan berbuat baik kepada
ibubapanya, insyaaAllah, anaknya jua nanti akan berbuat baik
padanya.Jika dia rajin melemparkan senyuman, bantu orang susah, akan dia
dapati ramai manusia yang juga murah senyuman padanya dan membantunya
disaat dia memerlukan.That’s life. Allah maha adil.Allah menguji kita hari ini kerana Allah mempersiapkan kita untuk menjadi tabah.Yakni
tabah dengan ujian hidup yang akan datang. Allah menguji kita
kerana Allah mempersiapkan kita untuk menjadi perempuan yang
berdikari.Allah mempersiapkan kita untuk menjadi perempuan yang matang
serta
kental jiwanya walau apa jua di hadapan. Allah mempersiapkan diri kita
untuk amanah-amanah yang lebih banyak di masa akan datang.Lantas, Allah
mendidik kita. Dengan lembut.Baiknya Allah, dia mendidik kita dengan
cara yang sesuai dengan diri
kita, dengan mengambil kira segala sisi, yang termampu kita
menanggungnya.
Penutup:
All of All yang disebutkan diatas, yang saya rasa paling penting, Muslimah High Class itu adalah yang sedar, tahu, dan mahu.Bagaimana
tu?Muslimah High Class ini, dia sedar yang akhirnya dia akan Mati.
Kembali kepada Allah. Dia sedar yang setiap apa yang dia lakukan didunia
akan dicatat samaada sebagai pahala dan dosa.Jika baik pahala, jika
buruk dosa.Dan ini akan membawa akibat yang besar buat akhiratnya. Dia
sedar
yang dia perlu beriman dengan 6 rukun iman dan melaksanakan 5 rukun
islam.Kemudian atas kesedaran itulah, dia tahu dia perlu berusaha untuk
mancari redha Allah dalam setiap yang dia lakukan, dia perlu mencari
ilmu, menyampaikan ilmu, dan dia perlu memperbaiki diri hari demi
hari.Ini semua kerana matlamatnya ingin bertemu dengan Allah,
Rasulullah, dan berbahagia selama-lamanya di Syurga.Jadi. Jom sama-sama
pimpin tangan “kita usaha jadi MUSLIMAH HIGH CLASS!!”.Ia bukan soal
berapa kali kita jatuh, tetapi ia soal kita sedar, tahu dan mahu. Doakan
saya dan kita semua.
aman tanpa perang dan tersenyumlah muslimah !
credit to : farahani :))
bercouple hanya banyak pura-pura
teringat Ustazah Fatimah Syarha pernah cakap yg dipetik dari kata2 Imam Hassan Al-Banna..20 tahun kamu kapel sebelum nikah sekalipun,kamu takkan kenal dia..yang kamu kenal adalah lakonannya semata-mata..sebelum nikah memang semua nampak indah,cantik seronok..semua pasangan (eh pasangan lah sangat kihkih lawak) kita kata semuanya betul..kentut die busuk pun kite akan kata wangi..wahai syetan,,licik sungguh kau mengaburi anak adam.
kengkawan, nak ke kita terus leka dengan cinta penuh kepalsuan sebelum bernikah ? cinta secara halal tu halal. cinta syubhah tu syubhah. nak ke kita terus terbuai dengan cinta yang penuh meragukan ? hem. nauzubillah
"ohh puh-lis lahh ustazah jadian! so kau nak kata kau bajet suci perfect segala bagai lah, aha, menyampah I..rimas tau tak,sukati wa lah, nak kapel wa bahagia ma dengan hidup wa.."
err..camne nak cakap eh if korang berkata begitu..takpelah aku watlek watpis jela ahah.
dop gini, meh ambo nop oyak meta, buko mato,buko hati fkiran mung saem2 ku :)
bukanlah aku dari kalangan yang yg mengatakan akulah terbaik, yg suci pefect segalanya..hanya Allah SAHAJA lah yg Tahu diri ni macam mana..Allah sebaik2 penilai,,mengaku ni..aku cumalah hamba Allah yg hina byk kesilapan yg kadang2 sunnah Nabi terkadang tak buat, terkadang leka dengan duniawi dan mungkin juga sering menyakikan hati manusiawi..
mohon maaf andai terasa hati, aku cuma ingin kita sama2 memburu cinta dan redha Ilahi sampai kita mati..Allahurabbi..maafkan aku sekali lagi..
mawar:dah tu cara kau ni macam taknak ade pasangan plak ? weh, kahwin sunnah, tahu ? jangan lah anti kapel sangat..takut2 kang jadi A....TU baru tahu !
kaktus : aku tak anti kapel pun..aku nak je couple,dengan syarat after nikah la..sebolehnya aku nak neutralkan dari benda2 yg tak pasti..tak perlu fokus pada soal hati,fokus persiapkan diri dan soal mati..soal hati belum tentu jadi,tapi soal mati pastilah terjadi! dah lah prioriti aku sekarang stadi..insya Allah, satu masa yg betul2 tepat aku yakin Allah pastikan hadirkan seseorang tue.ahah,labelan manusia memang sampai bila tak habis, takpe aku tetap yakin dengan Allah, tak didunia mungkin disyurga adalah insan tue.
at last, kaktus cuma mampu habiskan ayat "dah lah weh,banyak lagi benda aku perlu fikir untuk nak pastikan sel-sel otak ni berhubung; perihal umat"
noktah.
renung-renungkanlah wahai muslimah.
Taqwa itu bukanlah pada pakaian seseorang. Bukan pada niqabnya, bukan pada tudung labuhnya mahupun bukan pada jubah yang dipakainya setiap hari. Bukan ! Tetapi taqwa itu ada pada seorang muslimah yang mana dia mampu menundukkan pandangannya, dia cuba untuk mengelak fitnah yang ada pada dirinya, dan taqwa itu ada dalam hati. Sejauh mana dia mengenakan pakaian yang berbentuk muslimah hanya kerana Allah atau hanya ingin dilihat sebagai seorang 'muslimah'. Sekali lagi tepuk dada tanya iman.
Pengiktirafan wanita solehah di sisi Allah lebih besar nilainya berbanding gelaran wanita solehah di sisi manusia. Ayuh muslimah, kita koreksi diri dan kembalikan niat kita yang asal. Semoga kebaikan yang kamu lakukan dipandang tinggi oleh Allah.
nah belanja korang satu lagu tajuk Muslimah nyanyi bro Nazrey Raihan, walawehh, layan nasyid lah. sekali sekala lah. heh
perkongsian ceramah konvensyen "the bidadari" Putrajaya, 2014 (4)
hari tu, alhamdulillah aku berkesempatan ke ceramah konvensyen
bidadari di PICC, Putrajaya dengan seorang
kawan, kami tidaklah seindah bidadari syurga tapi teringin jugak lah nak
jadi bidadari dunia seterusnya kekal menjadi bidadari syurga hoho...too
high demand?
fikir baik..sangka baik, jom kita sama2 doa, alhamdulillah banyak perkongsian/pengisian yang dicedok melalui
program nie, jadi sesiapa yg tak berkesempatan nak menghadiri program
nie..kat blog sira nie, sira kongsikan sikit perkongsian dari program
tersebut..sharing is caring kan ^^
perkongsian ceramah konvensyen "the bidadari" Putrajaya, 2014 (3)
KONVENSYEN
BIDADARI 2014
Sesi : Dr Rubiah K. Hamzah
Tajuk : bagaimana
kekal produktif sebagai isteri, ibu dan wanita bekerjaya
Notes : untuk sesi ni, sira kurang catit nota sebab kurang
focus wahaha..tapi sira sertakan jugak point2 yg ada sira catit sikit2.
Yang
pastinya Dr Rubiah ni punye ceramah punyelah kelakar..err asyik fokus
sgt dgn muka dan lawak ilmiah dia..pen dan nota pun dah ‘tak bersama’..
asif jiddan hehehe
^^
1)
Kita boleh amik contoh tokoh srikandi saidatina
Khadijah bt. Khuwailid r.a
2)
Upbringing : waktu didikan dari waktu kecil
sangat penting
3)
Empat modal besar yg Allah SWT bagi kat kita
setiap wanita ni :
-cantik fizikal tubuh badan
-cantik wajah
–bijak
–sahsiah yang cantik
4)
Keyakinan kepada Tuhan kunci segala
kejayaan..ingat,,never give up on doing anything to improve ourselves.
5)
Macam saidatina Khadijah r.a,, beliau sangat
teliti dalam berniaga..all out ! kepada wanita yg berniaga jangan fikir pulang
modal sahaja,kaut untung sebanyak mungkin dengan pelbagai strategi..dan
paliiiiing penting sekali, ada je untung..SEDEKAH TERUS !
6)
Setiap dari kita (perempuan/wanita) jadikan
bidang kerja,,cam kite sekarang alam stadi kan..haa jadikan apa2 yg kita buat
tu kerja ke stadi ke sebagai JAMBATAN RAUDHAH..kerja tuntut ilmu semua kerana
Allah S.W.T semata-mata jadi rasa cam susah ke,payah ke,,insya ALLAH hilang
serta merta..sebab kite bukan buat untuk dunia sahaja,,tapi demi saham untuk
akhirat jugak eheh.
7)
Benda2 ni sangat penting untuk semua wanita
untuk kejayaan didunia dan akhirat
a)
Kekuatan fizikal
b)
Kekuatan mental
c)
Kekuatan emosi
d)
Kekuatan minda
e)
Kekuatan penampilan
How to get those things ? CARILAH DENGAN ILMU ^^
Notakakisira :
Alhamdulillah,setakat ni yang boleh sira kongsikan hasil catitan yang tak
seberapa, sepanjang sesi satu berlangsung, kalau ada terlebih terkurang mohon
doa pada Allah supaya ampunkan .
P/s semoga kita semua diberikan kekuatan untuk beramal.
perkongsian ceramah konvensyen "the bidadari" Putrajaya, 2014 (2)
KONVENSYEN
BIDADARI 2014
Sesi : Prof Dr Muhaya
Tajuk : Kemerdekaan
sebenar seorang Muslimah
1)
Kemerdekaan sebenar seorang Muslimah : kita
bebas daripada penghargaan dan sentiasa perbaiki diri untuk buru keredhaan
Allah SWT semata2.
2)
Orang yang tenang akan sentiasa menang ! (:
3)
We cannot see our eyes but we can see with our
eyes.
4)
Kalau kita nak diri kita sentiasa tenang, stop
asyik lihat kesalahan orang tanpa sebab..stop lihat kesalahan kesilapan
orang..reflek diri sendiri dulu
5)
Prof ada cakap,,tak payah selfie2..tu semua
membuat kita jadi tak tenang dan akan selalu dahaga pujian manusia..
(alamak!series sira rasa tertampar muehehe) dan prof ade jugak cakap salah
sorang speaker pernah kata photography is nonsense. Tapi kalau kearah
kebaikan,it’s okay.
6)
Merdeka dengan tenang dalam diri. How?
-soal diri : how am I as a person?
-kenang balik our relationship with human.
-ambil masa duduk sorang2 and reflect
ourselves : apa yg kita dah buat sepanjang usia kite untuk umat ??
7)
Kebebasan utama : kebebasan dari segala pujian
makhluk..jangan penah kita idolakan sesiapa except Nabi Muhammad SAW sebab
baginda junjungan mulia even baginda seorang manusia, tapi darjatnya tinggi
disisi Allah, kekasih Allah SWT. Let say la, if kita rasa cam kagum dengan
seseorang sebab terpesona dengan profesion die ke,sumbangan die ke,kecantikan
die ke..terus pulangkan balik semua pujian tu kepada Allah SWT ucap subhanallah
Alhamdulillah..sebab we as human, is imperfect..asal drpd setitik air mani yang
hina,dan kite hari2 buang najis macam manusia biasa semua buat kan ehehehehe.
Nak kata, kite ni tersangatlah biasa2 sahaja..segala kurniaan pun dtg dari
Allah swt..the key word is : jangan terpesona dengan manusia sekeliling kita.
8)
Fokus dua ni dan tamakkan dua ni dalam hidup :
-
ILMU -
PENGAMPUNAN ALLAH SWT
9)
Bila bangun tidur,if kite terus amik fon (selain
niat nk tengok jam)..something worng with us ! (adoila,yg ni pun rasa cam burn
gak hehehehe) prof pesan sepatutnya lepas je bangun tidur, terus banyak2 ckp
Alhamdulillah dan berdoa semoga segala apa sahaja kita buat hari tu
dipermudahkan..contoh doa jugak kate : ya Allah, aku nak sihat aamiin.
10)
Jangan liat nak bersedekah
11)
Fikir positif sebanyak mungkin..ubah ayat
fikiran..contoh :
Daripada sebut “masalahnya blab la bla…..”
lebih baik sebut “peluangnya”………..
Instead of saying “ the problem is bla blab
la………” it’s better to say “the solution is bla bla….”
12)
Nak bahagia tapi ada masalah ?? increase your
gratefulness..fikir banyak bende nikmat yg Allah bagi nanti hilang semua resah
pada bende yang takde.
13)
Seorang ulama ada berkata : “hidup kita didunia
gambaran hidup kita diakhirat nanti”
14)
What we can see inside us, we can see what is
outside.
15)
Create your future with good thinking for
akhirat.
P/s semoga kita semua diberikan kekuatan untuk beramal.
perkongsian ceramah konvensyen "the bidadari" Putrajaya, 2014 (1)
KONVENSYEN
BIDADARI 2014
Sesi : Puan Ummi Roses
Tajuk : Srikandi
disisi Rasulullah S.A.W
Apa itu srikandi?
“a woman desired or idealized for her courage,outstanding
achievements,or noble qualities”
Ummul mukminin yang agung yg biasa kite dengar seperti :
1)Saidatina Khadijah r.a
2)Saidatina Aisyah r.a
3) Saidatina Fatimah Az-Zahra
4)Saidatina Zainab
5)Ummu sulaim
P/s If ada antara kite yg tak kenal lagi dengan nama2
srikandi kat atas ni, jom bedah buku atau google dari mana2 sumber yg sahih
untuk hayati kisah perjuangan mereka yeaa
Yang kurang dengar tapi sumbangan dan peranan dia dalam
Islam pun sangat mulia,jom kenal :D
1) FATIMAH BT. ASAD BIN HASYIM.
-ibu kepada Ali r.a
-mertua kpd Fatimah r.a
-pernah mengasuh Rasulullah SAW sejak kecil
-juga ibu kepada Jaafar b. abi talib yg
berhijrah ke Habsyah (beliau lepaskan anaknya ini dengan sepenuh hati supaya
berjihad di jalan Allah,,leh google pasal Jaafar bin Abi Talib kalau nak tahu
lebih lanjut siapa beliau^^ )
2) UMMU HARAM BT. MILHAN
-saudara kepada Ummu Sulaim
-mak saudara kepada Anas bin Malik (ibunya
Ummu Sulaim)
-Rasulullah S.A.W mendoakan beliau syahid
dalam peperangan di laut seperti diminta oleh beliau.
-hafal dan memahami hadis muttafaqun alaih.
- suka mendahulukan orang lain daripada
diri sendiri (ithar)
-hidupnya sehingga zaman khalifah Uthman
-nama suami : Ubadah Bn. Samit
3) UMMU ‘AMARAH NUSAIBAH BT. KAAB
-antara yg berbaiah di Aqabah.
-ikut serta dalam Perang Uhud.
-wanita pertama yang ikut berperang
(bertugas merawat )
-berusaha melindungi Nabi Muhammad S.A.W
dari dikecam musuh
-pernah bertanyakan Nabi SAW adakah
lebihnya istimewa lelaki daripada perempuan?
Turunnya ayat ini menerangkan bahawa samada
lelaki dan perempuan sama sahaja.
“Sungguh,lelaki dan perempuan muslim,lelaki dan perempuan mukmin,lelaki dan perempuan yang tetap ketaatannya,lelaki dan perempuan
yang benar,lelaki dan perempuan yang
sabar,lelaki dan perempuan yang kusyuk,lelaki dan perempuan yang bersedekah,lelaki dan perempuan yang berpuasa,lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya,lelaki dan
perempuan yang banyak menyebut (nama)
Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang
besar.”
(Al-Ahzab:35)
Dalam ayat kat
atas..ada 10 ciri yang mana baik lelaki dan perempuan amalkan dalam kehidupan
seharian kita pasti dapat ampunan dan pahala yang besar..tiada beza antara
lelaki dan perempuan..dua2 dapat ampunan dan pahala yang besar dr Allah S.W.T
sekiranya 10 ciri diatas diamalkan..huhuhu jom amalkan ! (:
4)
UMMU
AIMAN : BARAKAH BT. THALABAH
-hamba sahaya
(Abdullah b. Abd Mutallib) dimerdekan selepas Rasulullah S.A.W menikahi
saidatina Khadijah r.a
-isteri kepada
Zaid bin Harithah
-ibu kepada
Usamah Bin Zaid
-mendidik
Rasulullah SAW hingga Nabi pun panggilnya ibu.
APA YANG
SAHABIAH ADA TAPI KITE TAKDE??(tapi jgn risau n sedih kite leh adekan insya
Allah,senyum sikit)
-depa berani
berhadapan dengan musuh..kalau ikut sekarang, agak2 musuh kite ? setan la..hehe
-Taat ketaatan
kepada Allah SWT Rasulullah S.A.W
-sentiasa nak
pertahankan maruah agama dan diri tak kire ape situasi pun
-menahan sabar dengan
apa situasi pun.
-sentiasa
utamakan orang lain (ithar)
-sentiasa
memohon doa/didoakan dengan perkara yang lebih baik.
BOLEH TAK IF
KITE BERKEINGINAN NAK JADI SRIKANDI JUGAK…??
Boleh je takde
masalah hehe mohon doa banyak-banyak kat Allah sambil tu kita usaha mana yang
kita mampu dalam perjalanan nak buru redha Allah SWT ni..insya Allah, Dia pasti
akan tolong n bantu kita..yakin dengan janji Allah..ce hayati ayat cinta Allah
SWT nie :D
"dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu,hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepada-Ku,agar mereka memperoleh kebenaran."
(Al-Baqarah:186)
"dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu,hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepada-Ku,agar mereka memperoleh kebenaran."
(Al-Baqarah:186)
Ummi Roses ade
pesan jugak,if nak hayati perjuangan para sahabiah dulu..sematkan dalam hati
ayat-ayat Al-Quran ni buat motivasi :D
"dan orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha dengan Allah, Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. mereka kekal didalamnya selama-lamanya. itulah kemenengan yang agung" (At-Taubah:100)
"dan orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha dengan Allah, Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. mereka kekal didalamnya selama-lamanya. itulah kemenengan yang agung" (At-Taubah:100)
"maka tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfiriman), "Sesungguhnya Aku tidak menyiakan amal orang yang beramal diantara kamu,baik lelaki maupun perempuan,kerena sebagian dari kamu adalah (keturunan) dari sebahagian yang lain. maka orang yang berhijrah,yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang terbunuh, pasti akan Aku hapuskan kesalahan mereka dan pasti Aku masukkan mereka ke dalam syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai sebagai pahala dari Allah.Dan disis Allah ada pahala yang baik." (Ali-Imran:195)
Oh yaa, last but not least..pesanan Ummi Roses jugak dalam sesi satu ni.
1)
Masa lapang gunekan sebaik mungkin !
2)
Amalkan solat berjemaah kalau ada peluang
3)
Amalkan baca Al-Ma’thurat pagi dan petang
4) Tido dalam lingkungan jam 10 atau 11, then dalam
sepertiga malam try jugak bangun tahajjud
5) Hidupkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W dengan
“qailullah” (tido 10 mins sebelum waktu zohor)
Alhamdulillah,setakat ni yang boleh sira kongsikan hasil catitan yang tak
seberapa, sepanjang sesi satu berlangsung, kalau ada terlebih terkurang mohon
doa pada Allah supaya ampunkan sira yang banyak khilaf ni yea..oh yea kadang tu
yg kisah-kisah srikandi disarankan lagi sira sendiri n kite semua untuk cari gali
lagi melalui DENGAR CERAMAH2 AGAMA KE, buku atau mungkin search engine on google..cebisan nota kat atas
sekadar berkongsi nama tokoh-tokoh yang kite kurang kenal..if nak kenal, boleh
la usaha dengan cadangan tadi..buku atau google (pastikan sumber sahih tau
tau)..semoga Allah jadikan kita bidadari dunia dan bidadari syurga..aamiin
P/s semoga kita semua diberikan kekuatan untuk beramal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
alhamdulillah, kami selamat menikah pada 11/11/2017, tak keterlaluan kalau aku cakap ini adalah arranged marriage. why ? nak tau ke, kisah k...

-
hai assalamualaikum semua ! harini terdetik hati nak bukak blogspot.com sejak kali terakhir buka pada 2016, sekarang dah pun 2020. omg, 4 ...
-
A scar always has a story behind them. Never be ashamed of them. They are the testimony of all the hardship you went through to get where y...